Wednesday, March 9, 2011

Cerpen:Kasih Seorang Kakak...

      
   Syazwa,nama yang tidak pernah aku lupa hingga kini masih terpahat dikalbuku.Dia seorang kakak yang sangat baik dan sanggup bekorban demi orang yang disayang.Aku mengenalinya sejak di tingkatan 1,tapi aku hanya mengenalinya sekadar kenal2 biasa.Aku tidak berani menegurnya kerana dia seorang yang tegas dan garang.Di asrama aku berminat pada seorang kakak yang bernama Aliya.dia cantik dan baik.Aku sendiri tidak tahu mengapa aku minat dia.Aku rapat dengan Kak Aliya yang aku gelar Kak Liya ni sejak aku tahu yang aku serumah sukan dengannya.Aku dan dia juga pemain bola jaring sekolah dan rumah sukan,cuma yang membezakan kami ialah Kak Liya menengah atas dan aku menengah bawah.Pada tahun ni aku terpilih sebagai pemain bola jaring sekolah dan Kak Liya tidak terpilih kerana tidak datang semasa pemilihan.Aku sedih juga tetapi aku buat biasa je.Aku agak terkejut Kak Syazwa yang aku gelar Kak Syaz terpilih sebagai pemain bola jaring sekolah.Masa latihan aku rapat dengan dia dan saling bertukar hp,aku agak rapat dengan dia.Sewaktu  berlatih pun,kami berlatih bersama sb posisi permainan aku dengan dia berhampiran,aku main posisi GA,dia main posisi GK.Setelah perlawanan bola jaring sudah berlangsung,Kak Syaz terpilih untuk ke peringkat negeri dan aku tidak terpilih.Aku sangka aku tidak akan rapat dengan Kak Syaz lagi selepas tamat bola jaring,tetapi sangkaan aku salah sebab aku rapat dengan dia semula semasa kami pergi MSSMNM.Tahun ini aku dan Kak Syaz agak aktif dalam aktiviti kokurikulum.Selepas balik daripada MSSMNM,aku dan Kak Syaz berehat disurau.Aku berbual-bual dengannya seperti biasa,tapi kali ini kami agak mesra daripada biasa.Waktu itu juga aku meminta Kak Syaz jam tangannya untuk aku pinjam dan pakai,Kak Syaz memberi jamnya padaku dan aku pinjam dalam 3 minggu.Selepas 2hari balik dari MSSMNM,kami sudah mula untuk berlatih bola jaring rumah sukan pula,waktu itu juga kami berlatih sama2,tetapi aku melatih bola jaring rumah hijau manakala Kak Syaz melatih bola jaring rumah biru,diwaktu inilah kami terlalu rapat.Selepas tamat hari sukan,aku dapat tahu yang aku telah mempunyai peminat.Peminat aku selalu memberi aku makanan dan macam2 lagi.Pada awalnya aku suka,tetapi bagi aku ini amat menyusakan peminat aku tu,aku tidak suka menyusahkan orang terutamanya orang yang sayang padaku.Suatu hari ada sepucuk surat sampai kepadaku,selepas membaca isi surat itu barulah aku tahu yang peminat aku itu kakak menengah atas dan dia sayang padaku.Aku amat terkejut dan tidak tahu hendak buat apa pada kakak yang minat aku itu,dia selalu mengutus surat kepadaku dan aku malas untuk melayan atau membalas surat kakak yang minat padaku itu.Kakak dorm aku selalu memberitahuku yang kakak itu selalu sedih dengan sikapku yang endah tak endah denganya.Tetapi aku sikit pun tidak peduli apa pun yang berlaku pada kakak itu kerana dalam hatiku hanya ada kak Liya sahaja walaupun kak Liya tidak pernah melayanku atau meminatiku.Kakak yang meminatiku itu sering memberi aku makanan dan macam2 lagi,tetapi aku langsung tidak menghargai pemberiannya itu.Suatu petang yang hening,kawanku menemuiku dan memberitahu padaku bahawa yang meminatiku selamer ni ialah Kak Syaz.Aku terkaget seketika,apabila aku berfikir semula,kejam juga aku ini kerana berbuat begitu pada Kak Syaz.Selepas hari itu aku langsung tidak menegur dan senyum pada Kak Syaz lagi seperti dahulu.Aku seperti menghukumnya kerana meminatiku tetapi aku tidak tahu mengapa aku harus menghukum orang yang sayang padahal aku tahu kasih sayang itu adalah fitrah manusia.Ya Allah!!kau bantulah hambamu ini,adakah apa yang aku buat ini benar ataupun hanya kerana perasaan ego yang membuak didalam hatiku,jika ini adalah perasaan ego,mengapa ia mesti lahir didalam hatiku ini sedangkan aku telah belajar bahawa perasaan ego itu adalah perangai syaitan yang durjana.Aku mesti buang sifat egoku ini tetapi aku tidak tahu bagaimana.Setiap malam Kak Syaz menangis kerana perbuatanku yang hanya mengikut perasaan ego.Pada hari ini aku telah mendapat surat yang terakhir daripada Kak Syaz,dalam surat itu Kak Syaz mengatakan yang dia telah berjaya melupakanku dan benci pada sifat aku yang ego ini.Dia juga berkata bahawa dia tidak menyangka orang yang bernama Nurul Idayu bersifat begini dan dia doakan moga aku akan bahagia bersama orang yang aku sayang iaitu Kak Liya.Selepas aku mendapat surat itu,Kak Syaz memang tidak lagi menegur dan senyum padaku seperti sebelum ini.Apabila aku cuba menegurnya,dia sedikit pun tidak mengendahkanku,bagi aku Kak Syaz memang telah membenci aku sepenuhnya.Kadang2 aku merasa bersalah pada Kak Syaz tetapi apa boleh aku buat,semuanya telah berlaku atas kesalahan dan keegoan aku juga.Suatu petang Sabtu,ramai ibu bapa yang hadir kerana melawat anak2 mereka di asrama ini,ketika ini aku sedang asyik belajar didalam dewan makan dan aku dikejutkan dengan panggilan namaku kerana ibu bapaku datang.Aku dengan gembiranya keluar dari dewan makan sambil berlari kepintu pagar asrama dan melintasinya tanpa menoleh kekiri mahupun kanan sebelum itu. Aku  menjadi terkejut apabila melihat ada sebuah kereta begitu hampir denganku,tiba –tiba aku merasa tubuhku ditolak dengan kuatnya hingga aku terjatuh.Aku terus menoleh kebelakang dan melihat Kak Syaz telah terbaring diatas jalan dengan tubuh dan kepalanya berlumuran darah.Kak Syaz!!!!aku terus memangkunya sambil menangis  dan menjerit meminta tolong.Aku berbisik ditelinga Kak Syaz,”kak!saya minta maaf atas semua kasalahan saya,saya mengaku sebenarnya saya sayang pada akak tapi perasaan ego ini yang menjadikan saya berbuat begitu pada akak,akak!tolong maafkan saya….saya sayang akak.Selepas aku berbisik pada Kak Syaz,dia terus menghembuskan nafasnya diatas ribaku kerana terlalu banyak kehilangan darah.Aku meraung sekuatnya tapi aku tahu sekuat mana pun aku meraung,Kak Syaz tidak akan kembali kerana yang pergi tidak akan kembali selama-lamanya.Aku merasa sangat bersalah padanya kerana memperlakukan begitu,aku tidak menyangka bahawa Kak Syaz sanggup bekorban dan bertaruh nyawanya demi aku insanyang teramat dia sayang,tapi malangnya aku tidak pernah membalas kasih sayang itu padanya malah membencinya terus.Tetapi kini aku telah belajar dan tahu erti kasih sayang dan sebuah  pengorbanan.Selepas hari pengebumian Kak Syaz,aku telah berubah dan cuba untuk menjadi seperti Kak Syaz,seorang yang penyabar,pengasih dan penyayang.Aku telah lupakan Kak Liya kerana bagiku Kak Liya tidak pernah memberikan apa yang telah Kak Syaz beri padaku.Semua pelajar dan guru2 sangat sedih kerana telah kehilangan seorang pelajar yang pintar dan pemain bola jaring yang profesional.Walaupun kejadian ini telah 2 tahun berlalu,ianya masih segar didalam ingatanku.Aku telah lupakan kak Liya kerana bagiku Kak Liya tidak pernah melayanku seperti mana Kak Syaz melayanku dahulu.Aku masih lagi menjadi pemain bola jaring sekolah dan pergi MSSSMNM walaupun kini aku telah berada di tingkatan 5,setiap kali aku bermain bola jaring aku sentiasa teringat pada Kak Syaz dan bayangan Kak Syaz sentiasa ada bersama aku menjadi pendorongku untuk terus menjadi seorang yang berguna.Aku sentiasa menyesali atas semua perbuatanku tetapi apa yang boleh aku lakukan,semuanya telah belaku dengan sekelip mata,jika hari itu tiada orang bernama Kak Syazwa yang membantuku dan menaruhkan nyawanya demiku tentu aku tidak ada lagi didalam dunia yang penuh onak dan duri ini.Kak Syazwa!!kaulah orang yang banyak berkorban untukku walaupun aku tidak pernah menghargaimu,Terima kasih diatas semuanya,pengorbananmu terlalu besar dan tidak dapat ku membalasnya.Aku sayang padamu Kak Syazwa……Aku menulis ini kerana aku ingin semua orang yang membacanya dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini dan dapat mengetahui betapa besarnya pengorbanan dan kasih seorang kakak terhadap adiknya walaupun sekadar adik angkat,aspuri mahupun apa sahaja asal ia bergelar adik.Hargailah orang yang menyayangi kita.kata2 dibawah aku tujukan khas kepada semua pembaca  yang bergelar adik…

       #   JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG UNTUK 
ORANG YANG KITA SUKA KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN  TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG DISAYANG…

     # HARGAILAH ORANG YANG SAYANG PADA KITA SEBELUM DIA PERGI MENINGGALKAN KITA….



     CREATe   BY:
SALMIAH AZMAN..

No comments:

Post a Comment